Tuesday, November 22, 2011

Ezlynn Sah Isteri Adam Fahmi

 


KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, penyanyi Ezlynn yang popular dengan lagu berjudul Hi Hi Bye Bye sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, 35 dalam satu upacara pernikahan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, di sini, Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Ariffin Alang kira-kira pukul 5 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 80.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Ezlynn atau nama sebenar Azline Ariffin, 30, menerima wang hantaran berjumlah RM 20,020.20 dengan lima dulang hantaran, manakala, pihak Adam Fahmi menerima tujuh dulang hantaran.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Oscar Jeprey, manakala solekan nurul Shukor.

Terdahulu, majlis pertunangan diadakan sebelum majlis pernikahan kira-kira pukul 3.50 petang, Ahad.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan pasangan ini akan diadakan pada Januari tahun depan dengan berkonsepkan Arab serta Inggeris.

Monday, November 21, 2011

Yana Samsudin sedang bercinta dengan adik seorang artis?


Norliayana atau Yana Samsudin kini dikhabarkan sedang bercinta dengan adik seorang artis lelaki. Baguslah begitu, kata orang patah tumbuh, hilang berganti. Dulu Yana pernah bercinta dengan Pierre Andre dan kedua-duanya merupakan pengarah muda. Yana yang pernah diberi peluang mengarah “Selamat Pagi Cinta” di usia semuda 23 tahun.

Walaupun telah pernah memenangi anugerah, Yana tetap kekal merendah diri walaupun beliau kini sudah cukup terkenal dengan arahan dan lakonannya. Adakah Yana kembali bersama Pierre Andre? Atau sedang bercinta dengan Shaheizy Sam?atau adik kepada pelakon Farid Kamil ?

Shera Sah Bergelar Isteri Zahiril Adzim


PERAK: Dengan sekali lafaz, pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Aiyob Shaharuddin kira-kira pukul 1.30 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Shera menerima wang hantaran berjumlah RM18,000 dengan 11 dulang hantaran, manakala, pihak Zahiril menerima 13 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Hatta Dolmat, manakala solekan Nadiya Ipoh dengan tema perkahwinan dalam taman.

Pasangan ini akan disandingkan di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh selepas selesai majlis pernikahan.

Sebuah lagi resepsi iaitu majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara terdekat.

Pasangan ini bertunang pada 1 Mei lalu.

Sunday, November 20, 2011

Maharaja Lawak Mega - Bob (Kuman) Jatuh Dalam Bilik Air [Bawal Power]


Bob (Kuman) ketika beraksi di Maharaja Lawak Mega pada minggu ketiga.


SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Husni Rawi, 39 atau nama gelarannya Bob (Kuman) kini ditahan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.

Menurut ahli kumpulan Bawal Power (BP), Mohd Sobri Anuar Mohd Tarmizi atau lebih dikenali sebagai Sobri, Bob terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.


"Semasa jatuh bahagian muka Bob telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat," ujarnya ketika ditemui selepas konsert MLM di sini.

Ujarnya, Bob telah dikejarkan ke Hospital Tawakal dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibantu oleh ahli keluarga terdekatnya.

"Selepas Bob sedar dia menghubungi saya memberitahu mengenai keadaannya kepada saya dan memaklumkan tidak dapat menghadiri persembahan pada malam ini (Jumaat) kerana kecederaan dialami agak serius," katanya.

Sobri memberitahu, Bob dilaporkan menerima beberapa jahitan dimukanya akibat hentakan kuat pada mangkuk tandas berkenaan.

Ekoran kejadian tersebut, Sobri tampil bersendirian ketika menyertai konsert minggu ke empat MLM.

"Saya perlu teruskan atas nasihat Bob sendiri dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.

"Berdirinya saya pada malam ini tanpa Bob adalah untuknya dan perjuangan kami dalam pertandingan tersebut," katanya.

Pada konsert MLM minggu ke empat, Jalil Hamid telah disingkirkan dengan peratusan paling rendah iaitu 46 peratus manakala persembahan solo Sobri untuk kumpulannya BP telah melayakkan menduduki tempat ke empat dengan 62 peratus.

"Saya harap minggu depan Bob dapat kembali bersama saya di pentas MLM tetapi walauapapun saya mahu dia berehat dengan secukupnya," ujarnya.

“Hidup Saya Kini Lebih Indah” – Julia Zigler



Oktober lalu seakan satu ‘tragedi Oktober’ buat wanita jelita berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini apabila dihimpit ‘serangan’ pelbagai penjuru rentetan krisisnya dengan aktres Didie Alias seterusnya konfrontasi dia dengan Gambit Saifullah dan Sharifah Sakinah.

Namun itu cerita Oktober lalu, kini hidup aktres yang mulai menempa nama lewat karya drama ‘Nuraishah’, ‘Cuci The Series’, ‘Air Mata buaya’ dan banyak lagi ini ternyata lebih indah selepas pelbagai ujian menduganya.

“Selepas apa yang terjadi, hidup saya kini ternyata lebih indah. Segala yang terjadi saya sifatkan sebagai satu masalah sampingan. Semua orang ada masalah, siapa yang tidak ada masalah kan?”,

“Begitu juga buat seorang public figure seperti saya, pastinya terpalit sedikit benda negatif seperti ada orang kutuk dan cuba jatuhkan kita, tapi saya rasa smua itu adalah standard, tiada hal punyalah. Perkara biasa yang akan terjadi kepada setiap manusia,” ujar Julia ketika ditemui sempena pelancaran program AirAsia Travelog di Bangsar village Rabu lalu.

Sambil mengimbas kembali momen ‘hitam’ yang berlaku terhadapnya itu, Julia menegaskan apa yang dilakukannya adalah untuk menegakkan kebenaran kerana dikhianati dan terjebak dalam dilema kawan makan kawan.

Namun baginya episod itu sudah berlalu dan dia kini ingin mara ke hadapan, buang segala yang kusut jauh dari mindanya dan mahu fokus pada karier sambil menjalani kehidupan mendatang sebaik mungkin.

Terbaru dia bakal muncul sebagai tetamu jemputan dalam salah satu episod program Travelog AirAsia yang akan bersiaran bermula 20 november ini di TV3.

Rancak bercerita mengenai pengalamannya berpeluang melancong selama empat hari di Taipei, Taiwan bersama hos Edd Razhe dan kru produksi, Julia nyata teruja berkongsi momen-momen berharganya di Taipei dan mengakui tertarik pada budaya dan cara hidup masyarakat di sana.

“Salah satu keistimewaan Taipei yang tidak mungkin saya lupa adalah sifat kaum wanitanya di sana yang kaya dengan kesantunan dan ciri-ciri ketimuran yang sangat tinggi. Pertuturan mereka sangat sopan santun dan saya rasa inilah ciri ketimuran yang perlu kita ada, perlu kita ikut,” kongsi Julia.

Tambah Julia lagi, melancong merupakan salah satu minatnya dan berharap sekiranya berpeluang dia ingin melancong ke India, Monaco, Sri Lanka, Acheh serta negara-negara miskin yang tidak ada teknologi kerana baginya melalui melihat kesusahan masyarakat di sana dia lebih menghargai hidup.

Bercerita mengenai perkembangan seninya pula, Julia baru sahaja selesai shooting filem produksi Malaysia-Indonesia, ‘Crazy Crazy Crazy’ bergandingan dengan Pierre Andre, telemovie Astro, ‘Suka Kamu’, dan kini sibuk shooting drama ‘Madu’ arahan Eirma Fatima.

Selain itu, dia juga sedang menanti beberapa buah filem lakonannya yang akan ditayangkan dalam masa terdekat seperti ‘Tokak’, ‘Man Sewel Datang KL’ dan ‘Ombak Rindu’.
Related Posts with Thumbnails