Tuesday, June 25, 2013

Kahwin Janda? Jimmy Bakal Adakan Sidang Media

Jimmy Shanley


Kahwin Janda? Jimmy Bakal Adakan Sidang Media


Pengacara Jimmy Shanley, bakal mengadakan satu sidang media mengenai kontroversi yang kononnya dia sudah berkahwin bersama seorang janda.

“Setakat ini saya tidak mahu membuka cerita mengenai isu kahwin ini kerana kes saya masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah.

“Untuk berlaku adil pada semua, saya akan mengadakan satu sidang media khas untuk bercerita lanjut mengenainya”, katanya kepada MH Online, hari ini.

Perkahwinan Rozita Che Wan Sudah Ada Penaja

Untungnya menjadi selebriti di Malaysia ini. Mana tidaknya, banyak pihak berebut-rebut untuk menaja apabila tiba hari perkahwinan. Rozita Che Wan dan Zain Saidin juga turut tidak terkecuali. Walaupun masih belum mengumumkan tarikh, tajaan untuk perkahwinannya sudah pun ditentukan.

rozita che wan

Yang menariknya, tajaan tersebut merangkumi lokasi, makanan, pakaian dan sebagainya. Cuma tajaan untuk cenderamata sahaja belum ditentukan lagi. Kata Che Ta kepada Utusan Malaysia:-
Cuma satu sahaja barang yang belum mendapat penajaan iaitu cenderamata untuk tetamu. Berkenaan dengan tarikh, masih rahsia. Tunggu sahaja, kami akan mengumumkan tarikh sebenarnya dalam satu sidang media tidak lama lagi. Untuk lebih adil bagi semua pihak, hanya selepas sidang media, kita akan ketahui siapakah yang akan dipilih untuk penaja untuk pakaian, lokasi, makanan dan sebagainya bagi perkahwinan itu nanti

che ta

Nampak gayanya, confirm meriah gila-gila punya perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Tak sabar pula nak tunggu pengumuman tarikh perkahwinan mereka. Sampai sekarang masih dirahsiakan. Harap-harap akan dilangsungkan tahun ini juga. Excited pula nak tengok Che Ta nampak jelita dalam persalinan pengantin.

Gambar Aksi Mesra Shahz Jaszle Dan Farah



Farah Nurizzati Salleh terpaksa mendedahkan aksi mesra bersama Shah Jaszle kerana tindakan emosional Shah Jaszle yang datang menyerangnya di tempat kerja di sebuah bank Bangsar Utama, sehingga menyebabkan dia kehilangan kerjaya dalam tempoh 24 jam, kini Farah tampil dengan bukti kukuh untuk mengesahkan kenyataannya sebelum ini sebagai bukan setakat cakap kosong.



Pendedahan ini dibuat oleh Farah menerusi Harian Metro semalam selepas Shah Jaszle masih terus menafikan yang mereka berdua tidak pernah bercinta seperti didakwa Farah sebelum ini. Terdapat tiga gambar yang telah didedahkan oleh Farah. Gambar-gambar berkenaan menunjukkan mereka berdua kelihatan begitu mesra seperti pasangan bercinta.

Selepas Shah Jaszle melihat ketiga-tiga gambar ini, apa pula reaksi beliau seterusnya esok? Kita tunggu dan lihat saja.

Lelaki Adakan Hubungan Seks Dengan Basikal!

Seks Dengan Basikal


Lelaki Adakan Hubungan Seks Dengan Basikal!


Stockholm – Polis di Sweden melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang dirakam mengadakan seks dengan basikal.

Lelaki itu dilihat melakukan perbuatan itu selepas pemilik basikal berkenaan memasang kamera litar tertutup di luar rumah untuk menangkap orang yang sering membocorkan tayar basikalnya.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian tutup kepala mencelapak di atas tayar belakang sambil memegang kertas.

Dia kemudian memancitkan tayar itu dan beronani ketika ia kempis.

Polis di bandar Osterlund melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada perbuatan lelaki itu ada kaitan dengan beberapa kejadian jenayah di kawasan berkenaan pada 2007.

Ketika itu, seorang lelak yang berusia kira-kira 35 tahun ditangkap kerana memancitkan tayar 20 basikal sebelum beronani sambil mencelapak di atas basikal berkenaan.

Sementara itu, pemilik basikal Per Edstrom berkata, dia tidak mendendami lelaki berkenaan sebaliknya hanya mahu dia menghentikan perbuatannya itu.

“Saya tidak takut dengan dia. Hanya sakit hati kerana sentiasa terpaksa membetulkan tayar basikal saya,” kata Edstrom. – AP

Skandal Neelofa Dengan Shah Jaszle Pula Kantoi!


Nampaknya satu demi satu musibah melanda aktor Shahz Jaszle,25. Bermula dengan isu ditangkap khalwat dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, kemudian putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail, 25, kini Neelofa pula menuntut duit hutangnya sebanyak RM5,000 daripada aktor kacak itu.

Admin pun tak pasti, bila Shahz Jaszle meminjam duit dengan Neelofa. Barangkali kes ini terjadi sewaktu mereka berdua dulu pernah akrab dan pernah menjalinkan hubungan cinta.

Yang menariknya, Neelofa telah menuntut duit hutangnya itu daripada Shahz Jaszle sewaktu aktor itu bersemuka dengan Farah di Bangsar pada minggu lalu untuk mempertahankan pendiriannya bahawa dia telah ditangkap berkhalwat kerana diperangkap serta dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Farah.

Dia mempertahankan pendiriannya itu di hadapan ibunya dan juga wakil pihak media yang turut hadir sama dan pada ketika itulah Neelofa dikatakan telah menghantar mesej buatnya.

Lalu, Shahz Jaszle telah menggunakan peluang untuk memberitahu semua yang ada di situ bahawa lihatlah, bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor Neelofa.

Namun, apa yang dilakukan oleh Shahz Jaszle itu nampaknya telah memakan dirinya sendiri kerana salah seorang saksi yang berada di situ telah menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya.

Ouch! Akhirnya, perkara itu pun turut diketahui oleh Farah. Apa agaknya yang akan terjadi kalau semua wanita yang pernah dikaitkan dengan Shahz Jaszle tiba-tiba bergabung?
Related Posts with Thumbnails