Monday, April 12, 2010

Cerita Lama Masa Di KFC!! Anda ada Pengalaman?

Cerita Lama di KFC
Semalam haku dok lepak dengan membe2, Kalau dah ramai2, macam2 lah cerita lama yang keluo.

Ada sorang member haku ni.. dia agak berumur skit. Dia cerita pasal masa dia muda2 dulu... Zaman Jahaliah katanya.

Masa tu dia buat kerja kat N9, pas tu dia jumpa sorang awek, cun giler.. budak Kuala Pilah. Ngorat punya ngorat, lama-lama dia pun ajak budak tu keluo bandor.. "First Date" katakan, makan kena le tempat istemewa skit.

Masa tu, tempat makan ada Class yang dia mampu hanyalah di KFC. Dia ajak awek tu masuk KFC, pas tu order Snack Plate dua. Ko tau apa tu Snack Plate? tak kan tak tau kot?.. kalau tak tau, biar aku yang bagi tau.. Snack Plate tu.. 2 ketul ayam goreng, satu skop ketang putar, salad cingcang (Coleslow) dan satu biji roti bun.


Bila order dah sampai, dia pun makan le... Sambil makan ayam sambil cakap, sambil makan kentang putar sambil cakap.... begitulah seterusnya. Lama2 dia perasan.. awek tu tak sentuh pun snack Plate yang dia order tadi.. awek tu tengok snack plate... tengok muka dia, tengok snack plate... tengok muka dia.

Dia mula gabra dan panik... tak tau apa pasal awek tu jadi macam tu... lalu dengan penuh kehairanan dia tanya awek tu.. Kenapa tak makan? Awek dia dengan muka berkerut menjawab : Nak makan apa? Takkan lauk jer?? Nasiknya maner????

3 comments:

isha said... [Reply to comment]

budak ni baru keluar kampung ke ape

~ Ann ~ said... [Reply to comment]

ahahahaha.. cian awek tu.. 1st time makan kepsi kali

Ayie Suck Story said... [Reply to comment]

tu ahh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails