Monday, June 14, 2010

Ayim-Mus May Tersingkir Dari Mentor 4



Satu keputusan yang mengejutkan. Jika hendak dinilai persembahannya sepanjang pertandingan, untuk konsert pertama dan kedua, Ayim berjaya mendapat antara markah tertinggi dalam Kumpulan B - sebanyak 38 dan 32 markah. Tetapi pada malam ini, rezeki tidak menyebelahi anak muda ini apabila hanya berjaya mengumpul 28 markah, berbanding 41 markah yang diraih Mohd, protege Ziana Zain dan Adi, protege Dayang Nurfaizah, 31 markah.

Dimana kesilapannya? Mungkinkah dari segi pemilihan lagu? Untuk segmen pertama, Adi telah mendendangkan lagu klasik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, "Getaran Jiwa" sambil bermain piano. Meskipun lebih sinonim dengan genre 'rock', Ayim membuktikan dirinya mampu juga membawa irama yang lebih lembut. Namun begitu, tidak dilupai sama sekali jiwa 'rock'-nya apabila sempat lagi diselitkan sedikit elemen 'rock' pada pengakhiran lagu.

Segmen kedua melihatnya berduet dengan Tom, juara musim ketiga My Starz LG untuk lagu popular Bunkface, "Situasi". Hasilnya tidak begitu menyakinkan. Tiada keserasian di antara Ayim dan Tom. Malah ada beberapa ketika suara Ayim kedengaran sumbang.

Apapun, bak kata Ally Iskandar selaku pengacara, keputusan adalah muktamad. Yang mungkin melegakan hati peminat Ayim adalah kenyataan Mus, yang meluahkan hasratnya agar dapat terus mendidik Ayim. Malah janjinya akan dipastikan Ayim menjadi seorang artis kerana nampak akan bakatnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails