Wednesday, June 16, 2010

Video Klip Terbaru Namewee Memang Tepat, Jitu Dan Padat



Bola tak boleh, ahmoi boleh. Memang penuh dengan sindiran yang sinis-sinis belaka video klip terbaru Namewee bersempena dengan World Cup 2010 nie. Betul juga kata-kata Namewee, kita nie setakat menyokong negara lain je. Nak harap negara sendiri dapat layak masuk World Cup, mungkin kena tunggu 50 tahun lagi kot. Itu pun macam tak ada peluang.

Tak tahu berapa kali nak ulang cerita nie, tapi masa kami belajar di Korea dulu, pakcik-pakcik teksi Korea selalu cerita kehebatan bola sepak Malaysia kepada kami. Diorang kagum dengan kehebatan Mokhtar Dahari. Siap mengakui yang pasukan Korea dulu bukanlah lawan pasukan Malaysia. Kalau Malaysia lawan Korea, memang Korea akan jadi lauk. Sekarang nie?

Kami tak tahu di mana silapnya, tapi bukan bola sepak je makin merudum kat negara kita nie. Bak kata Namewee, Piala Thomas pun dah berapa lama tak menang. Sepak takraw pun dah boleh kalah ngan pasukan Korea. Nasib baik ada squash. Dato’ Nicol David jugaklah boleh diharap. Yang lain…. Hmmm…

Korang layanlah video terbaru Namewee kat atas tue dan cuba amik sedikit sindiran dari dia. Kadang-kadang walaupun nampak mengarut apa yang dia buat, tapi ada betul jugak sebenarnya. Terpulang pada kita untuk macam mana menterjemahkannya.

Majulah sukan untuk Malaysia!!!



creadit to : beautifulnara

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails