Friday, September 10, 2010

Program Menarik Sempena Raya di TV3

Tidak lengkap rasanya sambutan Aidilfitri tanpa tayangan program-program TV yang hebat untuk ditonton seisi keluarga sambil menikmati juadah hari raya. Syawal kali ini, TV3 akan menyiarkan pelbagai program menarik seperti drama-drama raya, filem-filem, muzikal raya dan pelbagai program raya yang tentunya memeriahkan lagi kehadiran lebaran ini.

Drama-drama Menarik

Hikayat (10 Sept, 10.00 pagi)

Mengisahkan tentang Tok Wan yang selalu berkongsikan kisah di zaman mudanya bersama dua orang cucunya. Apa yang menariknya, segala yang diberitahu Tok Wan benar-benar menjadi realiti!

Pelakon : Harun Salim Bachik, Nor Khiriah, Aida Osman, Maisara, Jalil Hamid, Amy Mastura, Munir dan Arash Mohd

Senario : Ejen 003 (10 Sept, 11.00 malam)

Kisah tiga orang sahabat, Megat, Omar dan Hamdan yang bertugas sebagai penyiasat di bandar. Walaupun mereka tidaklah sehebat Sherlock Holmes dan James Bond, namun nasib sering menyebelahi mereka ketika menyelesaikan kes.

Pelakon : Azlee, Wahid, Mazlan Pet Pet, Bell Ngasri, Saiful Apek dan Sheera Iskandar

Bas Raya (11 Sept, 12.00 tengahari)

Ramadhan pergi, Syawal dinanti. Sidek dan keluarganya terlalu teruja untuk pulang beraya di kampong. Kegembiraan mula dirasai namun ia cuma sementara waktu apabila mereka telah ditipu oleh ulat tiket.

Pelakon : AR Badul, Nabil, Ilya Buang, Sheila Mambo, Achong dan Fahrin Ahmad

Syawal Pertama (13 Sept, 11.00 malam)

Mengisahkan seorang pemuda bernama Syawal yang tinggal bersama ibu bapanya, Pak Hassan dan Kak Tipah. Syawal mengalami kemalangan sewaktu berusia 8 tahun dan doktor memberitahu bahawa otaknya tidak boleh berkembang. Sejak itu dia hanya berkawan dengan budak berusia 8 tahun dan berperangai seperti budak walaupun usianya semakin menginjak dewasa. Pada satu hari, Syawal pergi memancing di tepi sungai namun dia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Selepas sedar dari pengsan, sesuatu yang aneh telah berlaku kepadanya.

Pelakon : Hairie Othman, Jalil Hamid, Aznah Hamid, Bell Ngasri dan Intan Ladyana.

Skrin Raya TV3

  • Sifu dan Tongga (10 Sept, 2.00 petang)
  • Jangan Pandang Belakang Congkak (10 Sept, 9.00 malam)
  • Senario The Movie Episod 1 (11 Sept, 9.00 malam)
  • Kecoh Betul (12 Sept, 9.00 malam)
  • Momok The Movie (13 Sept, 9.00 malam)
  • Syurga Cinta (14 Sept, 9.00 malam)
  • Susuk (15 Sept, 9.00 malam)
  • Jin Notti (19 Sept, 10.00 malam)
  • Brainscan 21 (21 Sept, 10.00 malam)

Muzikal Raya

Akustika 2010 Raya – 10 September, 6.00 petang

Buat kali keduanya program muzikal ini menemui anda sempena Aidilfitri ini. Mini konsert raya berkonsepkan unplugged ini menampilkan tiga bintang muda yang berbakat iaitu Yuna, Aizat dan Noh diiringi oleh kugiran masing-masing.

Stylistika Siti – 11 September, 5.00 petang

Sebuah program muzikal yang pastinya dinantikan oleh peminat-peminat penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza. Selain mendendangkan lagu-lagu popularnya, Datuk Siti akan berkongsi suka dukanya sepanjang bergelar artis.

Fenomena Faizal Tahir – 11 September, 6.00 petang

Berhibur bersama ‘Superman Malaysia’, Faizal Tahir ditemani rakan dan idola beliau seperti Adibah Nor, M.Nasir dan Lan di dalam sebuah muzikal istimewa berkonsepkan santai dan ‘standing crowd’.

Semuanya Untukmu…Anuar Zain – 12 September, 6.00 petang

Program selama satu jam setengah ini menampilkan penyanyi lelaki popular, Anuar Zain menyampaikan medley lagu-lagu popularnya seperti Perpisahan Ini, Ketulusan Hati, Lelaki Ini, Semua Untukmu dan banyak lagi. Nantikan juga segmen khas Anuar berduet bersama kakak kesayangannya, Ziana Zain.

Mentor 4 Raya – 19 September, 9.00 malam

Berkonsepkan santai dan padat dengan elemen hiburan, rakaman khas episod raya kali ini membariskan gandingan sifu dan protégé musim keempat iaitu Mus dan Ayim, Joe Flizzow dan Ila, Mas Idayu dan Shaq, Dayang Nurfaizah dan Adi, Azmeer dan Nani serta Ziana Zain dan Mohd. Saksikan gelagat Dayang dan Adi berdikir barat, Ziana dan Mohd menyanyi rap, Joe dan Ila menari zapin serta banyak lagi gelagat yang menghiburkan.

Program berbentuk majalah dan dokumentari

  • Manikam Kalbu (11 & 12 Sept, 7.30 malam)
  • Salam Mangkassara (13 Sept, 1.00 petang)
  • Da Jia Hao Taiwan (14 Sept, 1.00 petang)
  • Madrasah di Pinggir Syurga (16 Sept, 5.30 petang)

Program-program lain

  • Sampaikan Raya 2010 (9 Sept, 11.30 malam)
  • Saya Terhebat (10 Sept, 4.00 petang)
  • Ewah-Ewah Raya (11 Sept, 4.00 petang)
  • Fuhhh Raya (11 Sept, 11.00 malam)
  • Melodi Raya (12 & 19 Sept, 12.30 tengahari)
  • Sebenarnya…Black (12 Sept, 5.00 petang)
  • Jangan Tidur Lagi Raya (13 Sept, 11.00 malam)
  • Bang Bang Boom Raya (14 Sept, 11.00 malam)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails