Sunday, October 10, 2010

Dato Sani kahwin-hantaran RM100k

Dato Sani yang juga Taukey besar syarikat bas ekspress
Sani Ekspress telah menamatkan zaman bujang beliau hari ini,
10.10.10 sama tarikh dengan perkahwinan angkasawan negara.
Mereka selamat disatukan hari ini di Kuala Terengganu.

Datuk Sani Salleh bertunang dengan Fatimah Dalilah Omar,
anak seorang ahli perniagaan Terengganu pada Jun lalu.
Menurut sumber terdekat, pihak lelaki menghadiahkan wang hantaran sebanyak RM100,000 selain sebuah kereta mewah bernilai lebih RM400,000..Jika kami tidak salah kira, kos hadiah berupa hantaran sahaja sudah mencecah setengah juta. Ini sekaligus memadam rekod Juliana Banos — RM77, 888.77.

Perkahwinan mereka turut dimeriahkan dengan perarakan
kereta mewah antaranya Ferarri, Lamborghini malah kereta
pengantin yang dinaiki pengantin adalah Hummer..herm..
ingatkan perarakan bas Sani Ekspres..hehe..lihatlah
hantaran Dato Sani buat isteri tercinta. Crown tu..fuh.
Pada pendapat Suara People perkahwinan Dato' Sani
lebih meriah dengan 'angka' berbanding perkahwinan
angkasawan negara bertemakan 'kayangan'..apa pendapat anda?








ini bukan kayangan..ini realiti di bumi..

tidak ketinggalan Aqasha turut sama menamatkan zaman
bujang tanggal 10.10.10. majlisnya agak ringkas tetapi
turut meriah..kami doakan ketiga mempelai yang bernikah
tanggal 10.10.10 ini akan bahagia hingga ke anak cucu.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails