Saturday, October 30, 2010

Juara Gadis Melayu 3 - Norazrina Mohd Salleh (Rina Salleh)

gadismelayu thumb Juara Gadis Melayu 3


Juara bawak pulang hadiah lumayan antaranya Wang tunai RM30ribu, Set Barang Kemas Raflessia bernilai RM120ribu.


Setelah calon-calon Ikon Gadis Melayu 3 (GM3) melalui pelbagai proses pembelajaran dan cabaran fizikal dan kerohanian, dalam membentuk nilai-nilai kemelayuan, kini tiba masanya untuk menjawab teka-teki siapakah yang layak memegang gelaran Ikon Gadis Melayu Musim Ketiga.
Rancangan realiti ini, telah pun menemui penonton TV9 pada setiap Jumaat, jam 9 malam sejak 27 Ogos 2010 yang lalu dan kini, peringkat akhir GM3 pula akan bersiaran secara langsung pada 29 Oktober 2010 ini (Jumaat) selama dua jam dari Auditorium MBSA mulai jam 8.30 malam.
Satu kelainan akan diterapkan pada peringkat akhir musim ini adalah semua peserta GM3 akan membuat persembahan teater muzikal berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan, sambil menyentuh tiga isu semasa yang sedang hangat diperkatakan iaitu, Bencana Banjir di Pakistan, Gaza Kami Endah dan Sayangi Anugerah Itu (isu pembuangan bayi)

Teater muzikal ini diarahkan oleh pengarah teater terkenal, Norzizi Zulkifli dan beberapa pelakon tanah air serta tokoh kenamaan negara sebagai penampilan khas.
Sembilan peserta yang bakal bersaing ialah Afiqah Hazwani Md. Nordin, 18; Nur Diana Zainuddin, 19; Nor Shamimi Ernida Mansor, 20; Siti Nur Afiqah Abdullah, 21; Norhidayah Samsudin, 21; Siti Nurzakiah Abdul Aziz, 21; Siti Mastura Mohamad Saleh, 24; Fatheen Nabila Ghazali, 24 dan Norazrina Mohd Salleh, 25.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails