Thursday, November 18, 2010

Kekasih minta putus cinta mati ditolak dari motosikal

Salam,tadi masa suarapeople duk read berita harian Online tetiba ada terbaca satu berita nih..jom baca!!

GEORGETOWN: Gara-gara cintanya ditolak, seorang penjual surat khabar warga India bertindak menolak kekasihnya yang bekerja sebagai pembantu rumah dari motosikal sebaik tiba di rumah mangsa di Jalan Pahang, sehingga menyebabkan kematiannya di sini kelmarin.




Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an didakwa menolak kekasihnya dikenali sebagai Atika ketika pertengkaran yang difahamkan berpunca selepas Atika menyuarakan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta mereka.
Selepas seketika, pertengkaran menjadi tegang dan suspek kemudian menolak Atika yang sedang duduk di motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Wan Abdullah Tuanku Said, berkata tolakan itu menyebabkan kepala Atika terhentak di jalan raya dan mengalami kecederaan parah.

"Suspek yang ketakutan meninggalkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah, mangsa dibawa oleh orang awam ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang berada dalam keadaan koma meninggal dunia jam 12.02 pagi semalam, kira-kira 13 jam selepas kejadian,” katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata, suspek ditahan di premis kedainya di Jalan Datuk Keramat beberapa jam kemudian hasil maklumat daripada rakan mangsa yang menerima panggilan daripada suspek yang memberitahu mengenai kejadian itu.-sekian...

apa pendapat ko orang ah? kejadian sekarang semuanya pelik-pelik,kejam...aduh sampai bila manusia nak sedar balik haa? jangan ikut perangai syaitan...


sumber : Berita Harian Online


5 comments:

Yanmie said... [Reply to comment]

aiyoyo apa sudah jadi?
itu macam pun mesti mau tolak ka??

eh...awat kakyan sleng mcm tu?? hahaha


www.yanmieonline.com

Suarapeople Dot Com said... [Reply to comment]

hahahahhaa kak yan xsihat bo0o0o

Anonymous said... [Reply to comment]

gile ape bf dia tuh...ish3

Anep™ said... [Reply to comment]

huh!...mcm la skrg nie..aduh..

1)Buncit Itu Seksi, Buncitkah Korang?
2)10 Cara Korang Boleh Rosakkan Kepala otak Korang Sendiri!

suria lekatlekit said... [Reply to comment]

akibat terlalu marah dia sendiri bertindak di luar kawalannya.. maybe dia tak berniat nak tolak just perbuatan yang tanpa di sedari

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails