Saturday, November 6, 2010

KTM nafi pembinaan landasan punca banjir



Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad, semalam, menafikan dakwaan bahawa pembinaan landasan berkembar elektrik di beberapa daerah di Kedah sebagai punca kejadian banjir besar di negeri itu.
KTM Berhad berkata, kejadian bencana alam itu tidak langsung disumbangkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar yang sedang dijalankan kerana bencana alam serupa turut melanda negara jiran iaitu Thailand serta Kelantan dan Terengganu.



Dari aspek sistem saliran, pemaju projek iaitu syarikat MMC-Gamuda Joint Venture sudah melaksanakannya dan struktur yang dibina adalah mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kata KTM Berhad dalam satu kenyataan, di sini, semalam. Kerajaan Kedah, semalam mendakwa banjir buruk yang kini melanda negeri itu adalah disebabkan kerja pembinaan landasan kereta api berkembar yang sedang berjalan.
Sehubungan itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor landasan kereta api berkembar itu, MMC-Gamuda Joint Venture (Gamuda) membesarkan saliran air supaya air banjir dapat disalirkan ke sungai dengan cepat. KTM Berhad berkata, banjir besar yang melanda Kedah dan Perlis adalah berpunca daripada cuaca buruk luar biasa dan pembukaan empangan yang mana paras airnya berada di tahap bahaya untuk menaikkan paras air sedia ada. Syarikat pengangkutan itu turut menanggung kerugian mencecah jutaan ringgit apabila bencana banjir turut menyebabkan berlakunya kerosakan pada struktur dan landasan baru yang sedang dibina.

“Projek yang bermula pada hujung 2008 itu kini mencapai kemajuan 54 peratus secara keseluruhannya, namun disebabkan kejadian banjir luar biasa itu, kerja projek tertangguh

4 comments:

Siti Mashitah Saidin said... [Reply to comment]

nk balik kg naik ketapi.. cam mn nih?

Ayie Suck Story said... [Reply to comment]

@siti kg kt ner tu? meh nk hantar naek flight ;p

popo said... [Reply to comment]

nek kete la camnie nk balik kg..nek bus takut

Ayie Suck Story said... [Reply to comment]

kita ada sediakan basikal utk balik kg.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails