Monday, November 15, 2010

Telefon Punca Dirogol

Salam, terkejut suarapeople apabila membaca satu berita tentang seorang operator pengeluaran kilang di Malim, dekat sini, mendakwa dirogol seorang buruh binaan warga Indonesia tidak dikenali ketika datang ke rumah suspek Rabu lalu untuk mengambil semula telefon bimbitnya yang dilarikan lelaki itu.aduh..kesiannya....




Suspek dikenali sebagai Andreyan itu dipercayai merogol mangsa hanya kerana cemburu apabila terlihat wanita senegaranya itu berbual dengan lelaki warga Myamnar yang juga rakan sekerja mangsa dua hari sebelum itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata mangsa terserempak semula dengan suspek berusia 32 tahun itu sehari kemudian dan meminta telefon bimbitnya dipulangkan.

Beliau berkata, suspek mengajak mangsa berusia 24 tahun itu pergi ke rumahnya di Malim, kononnya bagi mengambil telefon itu.

“Namun, mangsa terpaksa pulang hampa apabila suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak tidak memulangkan telefon bimbitnya seperti dijanjikan.

“Bagaimanapun Rabu lalu, mangsa membuat laporan polis mendakwa dirogol lelaki itu ketika datang sekali lagi ke rumah suspek di Malim untuk mendapatkan telefon bimbitnya.

“Dalam laporannya, mangsa mendakwa dirogol suspek pada jam 1 tengah hari,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, dekat sini, kelmarin.

sumber

5 comments:

niesh™ said... [Reply to comment]

ish2. bahaya nyee.

Yanmie said... [Reply to comment]

Salam,

hiks bahaya betullah, klu akak xpegi dh amik phone tu..nauzubillah!


www.yanmieonline.com

Anip™ said... [Reply to comment]

ish22,,mcm tu skali..sbb cemburu punyer pasal..hmm

Hah ! Keyword Paling Panas Di Malaysia, Semuanya Lucah?

zacky ~786~ said... [Reply to comment]

hadooiii ...
apaa laa nk jdi..!

Siti said... [Reply to comment]

orang macam ni pun ada ke.. adoiyai

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails