Wednesday, December 15, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah - Sinopsis Dan Trailer


Hantu Kak Limah Balik Rumah telah memeriahkan industri filem tempatan sepanjang bulan Disember ini. Filem  bergenre seram komedi arahan Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd. ini telah ditayangkan di pawagam pada 9 Disember lepas.
Saudara Mamat Khalid sebelum ini pernah mengarahkan filem bergenre yang sama Zombi Kampung Pisang. Team suarapeople.com terhibur dengan filem Zombi Kampung Pisang sebelum ini.
Sejak trailer mengenai filem tersebut ditayangkan di saluran televisyen suarapeople yang sememangnya peminat filem seram dan komedi sudah awal-awal lagi berpesan untuk menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni di pawagam.tapi apakan daya,kat kelantan xde pawagam :(

Petikan trailer filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di Youtube:







Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin lakonan Awie yang sebelum ini bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya di Kampung Pisang.  Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya iaitu Kak Limah.
Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.  Seterusnya  dia  pendudu,k kampung Pisang Beramai-ramai ke rumah Kak Limah dan mendapati mayat Kak Limah yang hampir reput.  Tapi setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung pisang masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Kalau kak Limah sudah selesai di tanam hantu apakah itu sebenarnya?  itulah sebenarnya misteri yang cuba dihuraikan dalam filem Hantu Kak Limah balik rumah tersebut.

Gandingan pelakon-pelakon yang hampir sama seperti filem Zombi Kampung Pisang sebelum ini iaitu Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak, Pekin, Shoffi Jikan, Avaa Vanja dan Nadia Mustafar. Serta dengan kehadiran Ummi Nazeera sebagai pelakon utama juga diharap memberikan impak kepada keberkesanan filem tersebut.

suarapeople : sapa ada link nak download filem hantu kak limah balik rumah ?
Related Posts with Thumbnails