Wednesday, December 8, 2010

Pinjaman Islamik - Along Ohh Along

Along..ohh Along..Bosan dengan taktik promosi pinjaman lama, peminjam wang haram atau along kini beralih arah kepada sistem ‘Pinjaman Islamik’ bagi menambat kepercayaan pelanggan, sekali gus menjadikan mereka sebagai ‘bank segera’. Taktik terbaru yang mengelirukan itu dikesan apabila iklan yang kononnya berbentuk pinjaman Islamik diberikan syarat pinjaman mudah dengan hanya menelefon nombor yang tertera dan akan menerima bayaran dengan cepat.




Antara syarat yang ditetapkan along terbabit antaranya

pinjaman itu terbuka kepada kakitangan awam, badan berkanun atau swasta, proses pinjaman adalah melalui bank serta kemudahan pinjaman sehingga RM250,000.Lebih menarik, mereka yang disenarai hitamkan bank turut layak membuat pinjaman.Panggilan dilakukan Metroplus bagaikan dapat dihidu berikutan seorang lelaki dipercayai konco along terbabit yang menjawab pertanyaan meletakkan telefon selepas musykil dengan soalan yang banyak diajukan.

Tinjauan mendapati, iklan haram yang ditampal pada pokok itu dilekat menggunakan kertas berwarna kuning yang ditutupi plastik dan tertera nombor telefon bimbit along terbabit. Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Yazit, 39, berkata bandar Sungai Buloh tidak terlepas menjadi mangsa pemasang iklan haram sehingga mencacatkan pemandangan kawasan berkenaan.

“Mereka bertopengkan sistem pinjaman Islamik supaya dapat mengaburi mata pelanggan dan mungkin juga pihak berkuasa. Banyak iklan pinjaman wang haram ini sudah luntur dakwatnya dan hampir terkoyak.

 Sumber
hmetro



suarapeople : alah daripada duk tampal kt pokok,meh beriklan dengan suarapeople :)

4 comments:

cik lya said... [Reply to comment]

uik.along ni bahaya ke tak ni huhuh

THE LEKAT LEKIT STORY said... [Reply to comment]

Wah.. along pun dah pandai buat sistem pinjaman Islamik yer

Cik Waning said... [Reply to comment]

keh keh keh... xleh blah.

Encik MT said... [Reply to comment]

mcm2 tektik ada ek skang.cisss! haha!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails