Saturday, January 15, 2011

Gambar Majlis Pernikahan Rebecca Nur Islam & Azam Sulaiman


Salam,semalam 14 Januari 2011 Rebecca Nur Islam akan bernikah dengan Nor Azam Datuk Sulaiman, seorang peguam berstatus duda dan mempunyai dua orang anak.

lebih kurang pada pukul 9.40 malam, Rebecca Nur Islam telahpun sah menjadi isteri kepada Nor Azam Datuk Sulaiman dengan hanya sekali lafaz.
Jom Tengok Gambar Nikah Rebecca Nur Islam




Oleh itu, tahniah suarapeople ucapkan kepada Rebecca. Selamat berbahagia dan suarapeople doakan agar pernikahan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.. Kepada Rebecca Nur Islam lepas ni jangan lah seksi seksi lagi yea..maklum lah dah ada suami,tunjuk kat suami dah..seksa mata suarapeople melihatnya ;p

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, mengakhiri zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan seorang peguam, Nor Azam Sulaiman, 43,Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang, Muhammad Ibrahim pada majlis ringkas yang berlangsung di kediaman mereka di Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 9.40 malam.

Pasangan pengantin tiba pada pukul 9 malam bersama 13 dulang hantaran bagi pihak lelaki dan 15 dulang dibalas oleh pihak perempuan.

Rabecca yang menjalinkan hubungan percintaan sejak tiga tahun lalu itu melangsungkan acara pertunangan setengah jam lebih awal sebelum diijabkabulkan.

Dia turut menerima mas kahwin RM333.33 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal Calvin Thoo manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.

Pasangan mempelai itu akan berbulan madu di London dan Paris selama dua minggu pada 14 Februari depan.

Majlis pernikahan mereka dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Sabtu (hari ini ) untuk rakan-rakan dan pihak media di Hotel Flamingo, Ampang berkonsepkan Inggeris.

Sementara majlis resepsi untuk keluarga pula akan diadakan di Menara Kuala Lumpur pada Ahad (esok). sumber : mStar

suarapeople : gambar khawin rebecca will be update yaa..sama ada? tweet! tweet! suarapeople! heheh
Tahniah Suarapeople Ucapkan

4 comments:

Anip said... [Reply to comment]

tahniah kat diorng sebab dah ber kahwin. heheh

BLOG GEMPAKZ SIOT

FIFIEY LYCHEE MARATION said... [Reply to comment]

congratez to rebecca;)
semoga hubungan terjalin kekal hingga akhir hayat! amin..

DEKO AL-YAHYA said... [Reply to comment]

cntiknya rebbecaaa o.0

Abang Suara said... [Reply to comment]

@DEKO AL-YAHYA

harap bukan cantik rupa je..bialah perangai pun cantik

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails