Monday, January 3, 2011

Lawak Pak Pandir Dengan Motosikalnya



situasi 1

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.
Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya iaitu Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.” Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”

situasi 2



Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?” “Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis.
“Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”

4 comments:

Super User said... [Reply to comment]

boleh pulak nak keta bukak pintu ps2 letak kaki atas jalan... haizzzzz.... nice JOKE..

Unknown said... [Reply to comment]

hahaha~~~

wess... zack zukhairi dah balik dah...

Zack Zukhairi Kembali

ezany said... [Reply to comment]

mengong pak pandir ni.. haha.. tak boleh layan sgt org camni..

Nadia Abdullah said... [Reply to comment]

he3..kete flintstone kot :P

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails