Tuesday, January 25, 2011

U Mobile Tawar Produk Terbaik 2011



U Mobile membawa pembaharuan dalam perniagaan komunikasi dengan kempen 'simply different' yang melibatkan tawaran produk U Mobile sepanjang 2011.

Pihak U Mobile percaya kempen ini hanya akan berkesan melalui produk dan tawaran. U Mobile akan mengambil strategi lebih proaktif dengan membuka pengalaman komunikasi baru dan menarik untuk pasaran 2011 dengan nilai tambah produk dan perkhidmatan, seperti menawarkan Nokia RM 0, IDD1310 pada 9 sen/30 detik dan 42mphs rangkaian jalur lebar.

Sejajar dengan strategi syarikat, U Mobile akan melihat pembangunan perikatan strategik yang secara langsung akan meningkatkan liputan rangkaian, sekali gus membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan lebih baik.

Pengguna telefon boleh mengharapkan pelbagai pakej promo seperti bonus untuk pelanggan setia, di mana pelanggan U Mobile mempunyai hak istimewa menikmati diskaun muka dan khusus 50 peratus pada bila-bila masa, di mana sahaja daripada 29 rakan niaga yang menyertai dari sektor makanan dan minuman, belanja dan jualan runcit, hiburan, pelancongan dan penginapan yang bakal diperkenalkan sepanjang tahun. Selain itu, U Mobile turut membuat pakej perdana prabayar dan tambah nilai dengan mudah tersedia secara nasional di 1,200 kedai 7 Eleven dan 145 kedai Singer. Pelanggan juga akan dapat menggunakan perkhidmatan prabayar U Mobile dalam waktu kurang dari dua jam ketika mendaftar di 7 Eleven, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 365 hari setahun.

Untuk maklumat lanjut layari U Mobile di u.com.my atau hubungi khidmat pelanggan di 018 388 1318.

suarapeople : gatal tangan tulis pasal u mobile plak =.=

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails