Saturday, February 12, 2011

Mesir : Hosni Mubarak Akhirnya Letak Jawatan


Penunjuk Perasaan Anti-Kerajaan Mesir


Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan bahawa Hosni Mubarak telah melepaskan jawatannya sebagai presiden negara itu dan menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada pihak tentera.

Pengumuman yang dibuat oleh Omar itu disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional lewat petang Jumaat (waktu Mesir).

Sebelum itu, para penunjuk perasaan telah bersorak gembira di jalan-jalan raya dan di Medan Tahrir iaitu pusat berkumpulnya rakyat Mesir sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni diumumkan.

"Mengambil kira segala kesukaran yang sedang dihadapi oleh negara kita, Presiden Mohammed Hosni Mubarak telah memutuskan untuk



meletakkan jawatannya sebagai pemimpin negara dan menyerahkan tugas untuk mentadbir kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir," kata Suleiman di dalam pengumumannya itu.

Sejurus sebelum pengumuman itu dibuat, Hosni yang kini berusia 82 tahun telah meninggalkan ibu negara untuk berada di Sharm el-Sheikh berhampiran Laut Merah iaitu tempat istirehat presiden untuk sekian lama.

Sebaik sahaja berita mengenai perletakkan jawatan Hosni tersebar luas, kedengaran laungan "Allahu Akbar" dan sorakan kejayaan beribu-ribu penunjuk perasaan yang membanjiri jalan-jalan utama. Ada yang membakar mercun dan bunga api tanda gembira.

Di Medan Tahrir, ada di antara penunjuk perasaan yang pengsan seolah-olah tidak mempercayai apa yang mereka dengar dan tidak sangka gerakan massa yang mereka anjurkan membawa kepada kejatuhan seorang presiden yang telah berada di tampuk kekuasaan selama 30 tahun.

Warga Mesir telah menganjurkan tunjuk perasaan sejak dua minggu berturut-turut tanpa putus.

Dua hari yang lalu, Hosni Mubarak masih ingin bertahan di kerusi presiden walaupun dia membuat pengumuman bahawa kuasa mentadbir telah diturunkan kepada naibnya. Namun begitu pengumuman tersebut masih tidak meredakan rakyat Mesir yang terus menerus mengadakan demo menuntut perletakkan jawatannya dengan segera.

Hosni mahu terus kekal sehingga September di mana beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya presiden dan melepaskan jawatannya secara terhormat.

Malah beliau enggan mendengar nasihat para penasihatnya yang mencadangkan agar beliau melarikan diri ke luar negara.

"Saya mahu mati di bumi Mesir," ujar Hosni Mubarak kepada para penasihatnya.

Sehingga berita ini ditulis, adalah tidak diketahui sejauh manakah pihak tentera diberi mandat untuk mentadbir Mesir dan apakah demokrasi akan dibenar mengambil tempat di kalangan rakyat.

Angkatan tentera yang sejak pemerintahan beraja berakhir memainkan peranan yang besar dalam Kerajaan Mesir masih lagi dilihat sebagai institusi yang berpengaruh dalam politik negara itu.- sumber : mstar

suarapeople : harap student-student malaysia selamat belajar di sana kembali :)

4 comments:

SyafzMagz said... [Reply to comment]

harap keadaan yang tegang tu kembali tegang...

suarapeople said... [Reply to comment]

@SyafzMagz, kenapa begitu

Sabahan Bloggers Club said... [Reply to comment]

Akhirnya.
Semoga mesir terus aman lepas ni. jangan jadi macam Iraq plak. Keluar mulut harimau masuk mulut si Bush plak....

suarapeople said... [Reply to comment]

@Sabahan Bloggers Club, harapnya begitu lh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails