Thursday, February 3, 2011

Pelajar Malaysia Di Mesir Diminta Jauhi Demonstrasi Jalanan




Pelajar Malaysia di Mesir dinasihatkan supaya mengelak daripada berada di kawasan demonstrasi jalanan yang diadakan di beberapa bandar besar di negara itu bagi membantah pemerintahan Presiden Hosni Mubarak.
Pelajar juga diminta sentiasa peka kepada berita dan situasi semasa dengan merujuk kepada media massa atau pihak berwajib.

Jabatan itu menasihatkan
pelajar melaporkan dengan segera sebarang kemalangan membabitkan warga Malaysia kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan merujuk kepada kedutaan dari masa ke masa untuk nasihat keselamatan.

Nasihat keselamatan itu dikeluarkan berikutan demonstrasi di Kaherah pada Selasa lepas, yang terbesar dalam sejarah Mesir sejak Intifadah Al-Khubz (Pemberontakan Roti) pada 1977, bertujuan menamatkan pemerintahan 30 tahun Presiden Mubarak.

Beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar besar seperti Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura.

suarapeople : ada kawan kat sana...harap2 selamat...sehari dua ni ada masalah connection..maaf!

1 comments:

suarakomputer said... [Reply to comment]

nasib baik duk malaysia, ingat mau p sana jale2 mkn angin...hehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails