Sunday, July 31, 2011

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Putus Tunang – Penjelasan Kemelut yang Melanda

Isu mengenai hubungan pertunangan mereka mengalami masalah mula tersebar beberapa hari (mungkin minggu) lepas sebelum perlawanan Malaysia vs Singapura. Nasib baik Apek masih mampu fokus pada perlawanan itu.

Apa yang terpendam akhirnya terburai dan Apek,22, telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan beliau dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Berikut merupakan penjelasan Apek dipetik dari HMetro mengenai isu yang heboh disebarkan melalui internet dan keputusan memutuskan pertunangan.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.



Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

wahh! apa dah nak jadi nii ?

9 comments:

laptop batteries said... [Reply to comment]

it is really interesting one ans to keep them is also a difficult one.

budak wangi said... [Reply to comment]

wat entry yg elia ckp lak kat metro hri ni... sgt bcanggah dgn yang KFCM ckp.. huhu

suarapeople said... [Reply to comment]

@budak wangi, macam2 dunia sekarang kan benda mcm tu xpatut gempak2 kot

cik tikah said... [Reply to comment]

x ada jodoh kan. redha je la :)

zures said... [Reply to comment]

dah takde jodoh nak wat camana...

ecommerce solution said... [Reply to comment]

just want to keep it so ever for the whole life....thanks

laptop batteries said... [Reply to comment]

Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

izzat said... [Reply to comment]

kasihan kepada khairul fahmi che mat kerana putus tunang nak buat macam mane dah takdir tuhan ......tuhan itu maha adil semua atas tangan tuhan kita tk bole buat ape dah dah takde jodoh nak buat macam mane kena cari yang lain

izzat said... [Reply to comment]

kasihan kepada kfcm kerana putus tunang nak buat macam mane dah takdir tuhan redha je la dah pun tak de jodoh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails