Thursday, August 4, 2011

Khairul Fahmi Nekad Putuskan Tali Pertunangan Dengan Elia


Khairul Fahmi nekad untuk memutuskan pertunangan dengan Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi.

Menurut Khairul Fahmi, keputusan untuk memutuskan tali pertunangan yang dibina pada 17 Mei 2011 itu dibuat selepas berbincang dengan keluarganya. Malah Khairul Fahmi juga sudah memaklumkan hasratnya itu kepada Elia dan akan mengembalikan cincin pertunangan dalam masa terdekat ini.
Saya mahu menyelesaikannya dalam masa terdekat dengan mengembalikan cincin pertunangan mengikut adat orang Melayu. Saya serahkan kepada keluarga angkat di Kuala Lumpur menguruskan perkara itu.

Saya serius memutuskan pertunangan ini selepas berfikir panjang dan mengambil kira perbincangan dibuat dengan keluarga.

Nampaknya, sudah bukan jodoh Khairul Fahmi dan Elia untuk disatukan sebagai suami isteri. Suarapeople harap, Khairul Fahmi, Elia dan ahli keluarga sabar serta redha menghadapi situasi ini.Khairul Fahmi semoga anda bertambah cemerlang =) heeeeee

3 comments:

dkna said... [Reply to comment]

jodoh pertemuan di tangan Tuhan...

cik kieranaa said... [Reply to comment]

ok le tu...hihi..xde jdoh kann

chokichoki said... [Reply to comment]

jodoh oh jodoh

jodoh pertemuan di tangan Tuhan

:)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails