Friday, September 30, 2011

Makan Bangkai Harimau Elak Gout

KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.
Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.

“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya.
“Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan,” katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah. - AFP

 

biasa rimau makan  kita,ni dah terbalik dah.hehe dunia dunia

 

sumber asal : metro

2 comments:

Syafz said... [Reply to comment]

erk?? tak tahhu nak cakap macam mana. macam mana diorang tahu makan bangkai harimau bintang boleh elak gout?

24 hour printing London said... [Reply to comment]

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails