Friday, October 7, 2011

Fida Putuskan Hubungan Cinta Dengan Mamat

Khabar angin telah kedengaran sejak minggu lepas yang percintaan mereka sudah berada dihujung jalan namun Fida & Mamat masih belum mengeluarkan apa apa kenyataan berkaitan isu tersebut. ( yes! ada peluang lah untuk datuk-datuk,duda-duda and jejaka-jejaka di luar sana,fida putuskan cinta beb! )

Namun pagi ini, kenyataan dari pihak Fida yang di temubual menerusi telefon mengesahkan yang mereka berdua kini sudah tidak mempunyai hubungan apa apa dan Fida mahu teruskan hidup tanpa Mamat.


Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.

“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”

“Tetapi, selepas difikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri disebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu diputuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”

Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?

“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”

“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”

Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?



“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”

Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?

“Fida harap dimasa akan datang kalau kita dijodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua”

 

thanks to : fadila <emel sharing>

5 comments:

cik mila said... [Reply to comment]

macam² lah kan

neesajun said... [Reply to comment]

aduhai........

azizulhakim said... [Reply to comment]

ish2...mamat-mamat

afzalsukasuki said... [Reply to comment]

dunia artis..penuh dengan lakonan dan kontroversi

Pacifista said... [Reply to comment]

alahai...bila benda2 macam ni berlaku,pasti ada yang menghangatkan lagi suasana.alahai...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails