Tuesday, October 11, 2011

Pitbull Live In Malaysia Disember 2011. Let’s Dance!

Peminat muzik dance dan pop kini boleh bergembira dengan berita kehadiran penyanyi Amerika, Pitbull yang akan membuat persembahan secara live di Sunway Lagoon, Selangor pada 1 Disember 2011 bermula pukul 7pm. Menampilkan persembahan pembukaan oleh DJ Joe Maz, diikuti dengan aksi penuh tenaga oleh penyanyi yang tidak asing lagi, Mizz Nina.



Pitbull pernah membuat kunjungan ke Malaysia sekitar May lepas untuk acara tertutup. Dan, kini dia bersedia untuk konsert besar-besaran dengan kehadiran album ke-5 berjudul Planet Hit yang dilancarkan awal tahun ini. Pitbull dijangka akan membuat persembahan dengan lagu-lagu mengegar jiwa seperti I Know You Want Me, Give Me Everything, Hey Baby dan I Like It.

Dapatkan tiket dengan harga diskaun sehingga 15% sebelum 30 Oktober 2011. Tiket konsert berharga RM398, RM298, RM198 dan RM138 boleh didapati di semua cawangan kedai muzik Rock Corner, Victoria Music Centre dan The Guitar Store.

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails