Wednesday, February 27, 2013

Anuar Zain Antara Yang Meriahkan Karnival Wow!

Karnival Wow! Putrajaya 2013


Anuar Zain Antara Yang Meriahkan Karnival Wow!


Penyanyi eksklusif negara, Anuar Zain dijadualkan bakal memeriahkan Konsert Wow! bersempena penganjuran Karnival Wow! Putrajaya 2013 (KWP 2013) yang bertempat di Laman 1Malaysia Presint 2 Putrajaya, jam 9 malam pada Ahad ini.

Selain Anuar Zain, penyanyi Aizat, Najwa Latif dan juga Kumpulan Azlan & The Typewriter juga bakal menghiburkan pengunjung dengan barisan lagu-lagu hits mereka.

Memetik laporan Murai, Konsert Wow! diadakan sebagai menutup tirai bagi sambutan KWP 2013 dan ia akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang akan menghiasi bandar Putrajaya pada malam tersebut.

Bermacam aktiviti menarik disediakan sepanjang empat hari karnival yang bermula pada 28 Februari hingga 3 Mac ini antaranya pengunjung berpeluang menaiki helikopter, mencuba sukan lasak, go-kart dan pertandingan paintball.

Jadi buat anda yang tidak tahu nak buat apa hujung minggu ini, apa kata singgah ke KWP 2013 untuk merasai pengalaman baru yang semestinya menarik untuk diterokai!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails