Wednesday, April 10, 2013

Aliff Aziz Putus Cinta Dengan Adira?

Aliff Aziz - Adira


Aliff Aziz Putus Cinta Dengan Adira?


Nampaknya tuah masih tidak menyebelahi penyanyi kacak kelahiran Singapura, Aliff Aziz apabila dia kini dilaporkan kecundang sekali lagi dalam hubungan cintanya.

Sebelum ini ada ura-ura mengatakan dirinya bercinta dengan penyanyi putih gebu, Adira Suhaimi.

Walau bagaimanapun, jika dilihat menerusi status-status yang dimuat naik oleh Aliff di laman Twitternya baru-baru ini, dirinya seakan-akan kecewa dengan perhubungan cintanya yang baru.

Antara status yang dimuat naik ialah, “I have given my best for us, but seems like my best isn’t good enough. Back to square one. Thank you for everything a***a.”.

Jika dilihat daripada abjad nama yang ditulis itu ianya seakan sama dengan pangkal nama Adira selain Aliff kerap mengambarkan wanita itu sebagai snow white.

Seperti yang ramai sedia maklum, Adira merupakan salah seorang selebriti yang paling dikenali dengan keputihan serta kemulusan rupa wajah yang sangat bersih dan putih bak show white.

Sebelum ini baik Aliff atau Adira tidak pernah mengiakan atau menafikan mengenai hubungan mesra mereka yang menjadi perbualan hangat peminat di luar sana.

Hubungan Aliff dengan Adira mendapat perhatian peminat dan media ekoran gambar mereka memakai sepasang cincin yang serupa reka bentuknya yang dimuat naik oleh Aliff di akaun Instagramnya.

ALIFF

Semoga Aliff dan Adira dapat tampil memberikan penjelasan mengenai status sebenar mereka supaya media dan para peminat mereka tidak dibiarkan tertanya-tanya mengenai hubungan mereka itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails