Saturday, April 13, 2013

Ancaman perang tidak jejaskan Psy



PSY
PSY

SEOUL - Ancaman perang nuklear di Semenanjung Korea tidak menjejaskan pelancaran album baru bintang pop, Park Jae-sang atau lebih dikenali sebagai Psy.

Bintang kelahiran Korea Selatan yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa dengan lagu Gangnam Style  itubakal melancarkan album baru Gentlemen, Jumaat ini.

“Ancaman perang itu tidak menjejaskan pelancaran album dan konsert saya. Sebanyak 50,000 tiket telah terjual di Seoul,” katanya yang dipetik daripada laporan AFP.

Penyanyi berusia 35 tahun itu berkata, album tersebut mendapat ribuan tempahan melalui atas talian dan kedai muzik di seluruh dunia termasuk di Korea Utara.

Media tempatan mendakwa, tidak banyak diketahui tentang penampilan single terbaru itu namun tidak menolak penyanyi itu masih mengekalkan genre muzik yang sama seperti album terdahulu beliau.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails