Sunday, April 14, 2013

Anita Sarawak Kembali Menyanyi Di Las Vegas

Anita Sarawak Kembali Menyanyi Di Las Vegas


Anita Sarawak Kembali Menyanyi Di Las Vegas


Penyanyi bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak, kini dilaporkan kembali aktif dalam persada seni dengan membuat persembahan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Anita atau lebih dikenali sebagai Kak Nita dikatakan menyepikan diri dari industri hiburan tanah air sejak dua tahun lalu kerana merajuk dengan dunia seni tempatan.

Namun ternyata itu semua hanyalah khabar angin semata-mata.

Menerusi laporan Harian Metro, beliau kini kembali menghiburkan pengunjung di kelab Cleopatra’s Barge, Caesar’s Palace pada setiap hujung minggu secara live bersama band yang dianggotai pemuzik kulit hitam, Rhythm Nation.

Ternyata, walaupun semakin berusia, semakin laku Kak Nita kan..

Ini semua kerana bakat dan minatnya yang begitu mendalam dalam bidang nyanyian malah dia juga boleh digelar sebagai penghibur sepanjang zaman kerana sehingga ke hari ini masih gigih meneruskan kerjaya yang dicintainya itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails