Tuesday, April 9, 2013

Fergie Dan Fazura Pakai Baju Sama

FERGIEE


Fergie Dan Fazura Pakai Baju Sama


Pastinya ini satu perkhabaran yang gembira buat pelakon cantik, Fazura kerana dia terlebih dahulu mengenakan pakaian rekaan Mary Katrantzou ini sebelum ianya dipakai oleh penyanyi terkenal kumpulan Black Eyed Peas, Fergie.

Ini kerana kebiasaannya, selebriti tanah air yang banyak menceduk idea serta meniru pakaian serta stail yang pernah digayakan oleh bintang Hollywood dalam sesebuah majlis hiburan yang dihadiri.

Fazura pernah memakai persalinan yang sama tahun lalu dalam sebuah majils anugerah stail anjuran majalah EH manakala Fergie memakainya pada pertengahan Mac lalu sempena Anugerah Kids Choice Nickelodeon yang diadakan di Los Angeles.

Fazura yang sememangnya dikenali kerana mempunyai ‘sense of fashion’ yang tersendiri juga pernah diiktiraf sebagai ikon fesyen tempatan oleh sebuah majalah fesyen terkemuka negara.

Atas minatnya yang mendalam dalam bidang itu, pelakon yang berusia 30 tahun itu kini dilihat sentiasa sibuk mengusahakan butiknya, House of Dolls yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar yang mula beroperasi tahun lalu.

Siapa yang lagi cantik memakai persalinan indah rekaan pereka dari Greece ini pada pandangan anda?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails