Friday, April 12, 2013

Fizz Fairuz Kembali Rapat Dengan Almy Nadia

Fizz Fairuz Kembali Rapat Dengan Almy Nadia


Fizz Fairuz Kembali Rapat Dengan Almy Nadia


Kisah kontroversi yang melanda pelakon Fizz Fairuz Februari lalu pernah menjejaskan hubungan beliau dengan aktres Almy Nadia.

Berpegang kepada pepatah melayu ‘buang yang keruh ambil yang jernih’, khabarnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia kini telah pun berbaik-baik semula.

“Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara gara kesilapan saya dahulu”.

Malah pelakon lelaki berusia 34 tahun itu mengakui kembali berkawan rapat dengan bekas kekasihnya.

Menurutnya lagi, beliau tidak mahu tergesa-gesa dalam hubungan yang baru pulih kerana pernah mengecewakan pelakon wanita itu sebelum ini.

“Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya,” jelas Fizz Fairuz.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails