Sunday, April 7, 2013

Fizz Hanya Boleh Kahwin Dua Tahun Lagi

Fizz Hanya Boleh Kahwin Dua Tahun Lagi


Fizz Hanya Boleh Kahwin Dua Tahun Lagi


Selepas pelbagai insiden yang menimpa pelakon Fizz Fairuz sejak dua bulan lalu, kini Fizz tampil memberitahu disebabkan kejadian putus tunangnya itu, ibunya, Norhaizan Jantan kini telah meletakkan syarat yang dia hanya dibenarkan berkahwin dua tahun lagi dan bertunang dua jam sebelum diijabkabulkan.

Menerusi Berita Harian, Fizz turut mengakui berikutan insiden tersebut dia kini berasa trauma sehingga mengambil keputusan mendiamkan diri buat seketika sebelum kembali muncul selepas perkara itu mulai reda daripada menjadi topik perbualan hangat industri hiburan tempatan.

Selain itu, perbuatannya yang enggan memberi komen serta mengunci mulut daripada mengulas mengenai kejadian itu adalah disebabkan tidak mahu isu itu berpanjangan dan pada masa yang sama mahu menjaga hati ibunya yang tercinta.

Sebelum ini, peminat tanah air dikejutkan dengan berita pertunangan Fizz dengan gadis kelahiran Pahang Azlyn Massiela Mohd Nazar pada 10 Februari lalu walaupun sebelum ini umum mengetahui Fizz merupakan kekasih kepada pelakon cantik, Almy Nadia.

Namun, seminggu selepas ikatan pertunangan terjalin di antara mereka, Fizz kemudiannya memutuskan ikatan tersebut selepas mengetahui wanita berkenaan sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ramli.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails