Saturday, April 6, 2013

Gaun Neelofa Bernilai Lebih RM20,000!

Neelofa


Gaun Neelofa Bernilai Lebih RM20,000!


Sempena Anugerah Bintang Popular 2012 yang dianjurkan oleh sebuah syarikat akhbar tempatan, yang akan diadakan pada Ahad ini, pengacara dan pelakon popular, Neelofa dikhabarkan bakal menyarung persalinan mewah yang berharga melebihi RM20,000!

Wow, mewah sungguh gaun yang bakal disarung oleh pengacara Meletop ini kan.

Gaun itu direka oleh pereka fesyen terkenal iaitu Syaiful Baharim dan ianya mengikut tema majlis anugerah itu sendiri iaitu Ledakan Geometri.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 24, juga mengakui dia sudah tidak sabar dan teruja untuk menyarungkan gaun berwarna neon keemasan itu nanti.

“Apa yang istimewanya tentang gaun ini kerana ianya ringkas tetapi menepati tema acara serta kehendak saya.

“Saya dan pihak Syaiful Baharim telah pergi mencari sendiri 6 meter fabrik pada sebulan lalu untuk menyerlahkan penampilan saya dan baru sekarang saya dapat melihat hasilnya,” katanya yang dipetik menerusi portal Murai.

Bagi ABP edisi kali ke 26 ini, Neelofa tercalon dalam tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Pelakon TV Wanita Popular, Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara Wanita Popular.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails