Wednesday, April 17, 2013

Kaka Tak Mungkin Bercinta Dengan Zizan

Kaka Azraff


Kaka Tak Mungkin Bercinta Dengan Zizan


Penyanyi Kaka Azraff menafikan dia adalah wanita yang kini dikatakan bercinta dengan pelakon komedi terkenal kelahiran Terengganu, Zizan Razak.

Perkara ini menjadi bualan peminat industri hiburan tanah air selepas Zizan membuat pendedahan bahawa dia kini sudah mempunyai teman wanita namun enggan mendedahkan siapakah gerangan gadisnya itu.

Kaka yang pernah berduet dengan Zizan menerusi lagu Bawaku Pergi ini malah menyeru orang ramai supaya tidak mengaitkan dirinya dengan jejaka popular itu.

“Kalau boleh janganlah gosipkan saya dengan Zizan. Dia adalah individu yang telah banyak membantu saya mengatur langkah dalam bidang seni khususnya nyanyian.

“Hubungan kami kini boleh dianggap seperti abang dan adik,” katanya yang dipetik melalui portal Murai.

Sementara itu, Kaka juga mendedahkan dia kini sedang dalam proses mengenali seorang jejaka yang sudah lama dikenalinya.

“Kami masih baru dalam proses mengenali lebih rapat, walaupun dia sebenarnya sudah lama saya kenal,” ujarnya sekali gus mengharapkan peminat tidak lagi membuat desas-desus mengatakan dirinya kini berpacaran dengan Zizan yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails