Thursday, April 11, 2013

Ning Baizura Cipta Lagu Untuk Anak

Ning Baizura


Ning Baizura Cipta Lagu Untuk Anak


Selepas kelahiran cahaya mata sulungnya pada 31 Januari lalu, Ryan Sky Dalton, penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura telah mencipta sebuah lagu khas berjudul Pelangi Untukmu untuk anaknya itu.

Ning berkata ilham untuk menulis lirik lagu itu datang ketika kandungannya berusia lima ke enam bulan dan mengambil inspirasi daripada lagu popular Barat, Somewhere Over The Rainbow.

“Irama lagu Somewhere Over The Rainbow cukup indah dan sesuai untuk dijadikan lagu untuk bayi atau lullaby.

“Sebab itu saya tertarik untuk menulis Pelangi Untukmu buat anak saya berpandukan irama lagu tersebut,” kata Ning kepada portal Murai.

Selain itu, anaknya juga akan berlakon dalam pembikinan muzik video lagu tersebut dan video itu dijangka keluar pada Jun depan.

Sebelum ini, kontroversi nama anak Ning menjadi topik hangat apabila dikatakan nama itu sebagai tidak sesuai sekali gus memaksa Ning tampil memberikan penjelasan ke atas isu tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails