Friday, April 12, 2013

Norish Nafi Bergaduh Dengan Rakan Artis

Norish Nafi Bergaduh Dengan Rakan Artis


Norish Nafi Bergaduh Dengan Rakan Artis


Pelakon Norish Karman menafikan dia ada terlibat dengan sebarang pergaduhan sepanjang menjalani rakaman program masakan Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua (MSM2) baru-baru ini.

“Industri kita ni terlalu kecil untuk kita ‘tunjuk perangai’. Sebagai ibu, saya selalu nasihatkan anak-anak saya supaya jangan bergaduh terutamanya di sekolah. Tapi kalau kita sebagai ibu, tunjukkan perangai kita, bergaduh dengan kawan-kawan artis, macam mana saya nak didik anak-anak saya supaya berkelakuan baik. Sedangkan saya sendiri tidak tunjuk contoh baik,” katanya kepada MalaysianDigest.

Norish sebelum ini dikatakan berperang besar dengan salah seorang peserta MSM2 iaitu pelakon Kenchana Dewi ketika di set rakaman program fraincais masakan popular dunia itu.

“Mana mungkin kami bergaduh. Semuanya dengar cakap. Kami masak dengan aman. Saya tak ada masalah dengan sesiapa pun,” jelasnya lagi.

Norish dan Kenchana merupakan antara 19 selebriti popular lain yang mengambil bahagian dalam MSM2 yang bakal memulakan siaran bermula 20 April depan di saluran Astro Ria.

Antara selebriti lain yang mengambil bahagian ialah Datuk Aznil Nawawi, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Afiq Muiz, Micheal Ang dan ramai lagi.

Pada musim pertama rancangan itu, Datuk Fazley Yaakob berjaya dinobatkan sebagai juara manakala Angah Raja Lawak sebagai naib juara.

Rancangan itu juga masih mengekalkan tiga juri yang sama iaitu Chef Joe, Chef Zubir dan Chef Adu Amran.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails