Wednesday, April 17, 2013

Peminat Bising, Adi Putra Tarik Diri

Adi Putra


Peminat Bising, Adi Putra Tarik Diri


Sudah lebih seminggu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) melabuhkan tirai namun bahangnya masih terasa.

Terbarunya, ‘Hotlovers’ yang merupakan kelab peminat Adi Putra telah menyuarakan kekecewaan mereka dengan jumlah undian ABPBH 2012 untuk pelakon ‘Langgar’ tersebut. Mereka mendakwa jumlah undian Adi Putra yang diumumkan Sabtu lalu sebanyak 24, 981 tidak tepat dan menuntut pihak penganjur mengira balik undian besertakan bukti.

Sebagai maklum balas terhadap situasi itu, Adi Putra menerusi akaun Twitternya memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi dicalonkan di ABPBH.

adi

Keputusan yang dibuat oleh Adi itu dilihat cukup drastik memandangkan kerjayanya sedang berada di puncak. GUA telah menghubungi aktor ini untuk penjelasan lanjut.

“Saya tidak ada apa-apa komen kerana itu merupakan keputusan yang telah saya buat. Dapat dilihat di Twitter ramai yang mempertikaikan jumlah undian ABPBH 2012 dan saya mengambil pendekatan ini untuk mengurangkan pertikaian,” kata Adi ketika dihubungi GUA pada Isnin.

Apabila ditanya sama ada Adi menyokong tindakan para peminatnya yang mendesak agar undian ABPBH 2012 dikira semula berserta bukti kukuh, Adi dengan tenang menjawab yang dia tidak boleh menjawab bagi pihak Hotlovers. Ini kerana mereka mempunyai hak mereka sendiri untuk menyuarakan ketidak puasan terhadap isu yang timbul.

Tidak terkilan atau kecewa dengan keputusan ABPBH 2012, Adi menjelaskan yang jatuh bangun kerjayanya adalah hasil sokongan para peminat. Dia menegaskan lakonan merupakan minatnya, dan ia dilakukan khas untuk masyarakat.

“Benda yang berat kita mudahkan, benda yang ringan kita ringankan. Saya istiqomah dan tetap dengan keputusan yang diambil. Namun kadang-kadang kita tak tahu sama ada ini ujian atau sebaliknya. Kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya,” katanya mengakhiri perbualan. – Gua.Com.My

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails