Sunday, April 14, 2013

Peminat Raikan Sambutan Hari Jadi Lisa

Peminat Raikan Sambutan Hari Jadi Lisa


Peminat Raikan Sambutan Hari Jadi Lisa


Walaupun hari lahir pelakon cantik Lisa Surihani jatuh pada tanggal 23 Mac, namun peminatnya tidak mahu ketinggalan mengadakan majlis untuk meraikan sambutan hari jadi yang ke 27 buat artis kesayangan mereka itu pada 8 April lalu.

Majlis yang bertemakan ‘pyjamas party’ itu dikelolakan oleh Kelab Penyokong Lisa Surihani.

Pada majlis itu juga, Lisa kelihatan cukup ‘sporting’ dan sempoi apabila tampil dengan berpakaian tidur bersama suaminya, Yusry Abd Halim.

Majlis yang sama turut diadakan untuk meraikan sambutan hari jadi ibu Lisa, Aunty Mira yang sememangnya cukup dikenali di kalangan peminat serta rakan media sebagai seorang yang amat pemurah dengan senyuman.

Rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Lisa dan Auntry Mira dan semoga kalian panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

SURIHANI


SURIHANI1


SURIHANI2


SURIHANI3


 


Foto: Instagram Lisa Surihani

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails