Thursday, April 11, 2013

Penerbit Drama Tawar Jalinkan Hubungan Songsang

mqdefault

Seorang pelakon baru yang dikenali sebagai Norshazril Ahmad, 24, mendakwa dirinya telah dijadikan sasaran oleh seorang penerbit drama yang menawarkannya watak utama di dalam sebuah produksi sekiranya dia sanggup menjalinkan hubungan songsang dan tinggal serumah bersama lelaki berkenaan.
Tindakan biadab penerbit itu mahukan saya menjadi ‘suaminya’ dan tinggal serumah amat menjijikkan. Kalau itu yang dia mahu, saya bukanlah orangnya.

Menurut pelakon ini lagi, dia mula mengenali penerbit tersebut sejak awal bulan Mac lalu, setelah mengetahui produksi milik lelaki berkenaan memerlukan seorang pelakon.
Pada 12 Mac, dia menjemput saya untuk menghadiri sesi uji bakat drama sebelum saya ke Ampang dua hari kemudian bagi tujuan itu. Berdasarkan pengalaman membintangi empat drama, saya yakin untuk mendapatkan watak itu.

Namun, selepas tamat uji bakat, dia menyatakan saya hanya layak diberikan watak sekiranya sudi menjadi ‘suaminya’, menjalinkan hubungan songsang, memeluk dan menciumnya selalu. – Ujar Shazril Ahmad menerusi laporan Harian Metro.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails