Friday, April 5, 2013

Remy Ishak Tarik Diri Berlakon M.Butterfly

Remy Ishak


Remy Ishak Tarik Diri Berlakon M.Butterfly


Pelakon kacak, Remy Ishak dikhabarkan telah menarik diri daripada membintangi teater indie yang diarahkan oleh Mislina Mustafa berjudul M.Butterfly.

Menurut Remy, keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk beliau memainkan naskhah teater terbabit yang terselit beberapa elemen yang berbaur seksual dan politik.

Teater itu diadaptasi daripada opera Madame Butterfly Giacomo Puccini di mana memaparkan watak utama, Rene Gallimard, seorang kakitangan awam yang dihantar untuk bekerja di Kedutaan Perancis.

M.Butterfly pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York, Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 sehingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali oleh pengarah yang berlainan.

Peranan Remy kini bertukar tangan kepada anak pelakon veteran Azean Irdawaty, iaitu Benjy yang sememangnya aktif dalam pementasan teater.

Pementasan M.Butterfly yang diterbitkan oleh produksi Rumah Anak Teater (RAT) yang diterajui Faizal Mustafa bakal dipentaskan bermula 11 hingga 14 April ini bertempat di Black Box, Publika, Solaris Dutamas.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails