Monday, April 8, 2013

Rosniaza: 'Bukan salah kami'



Rosniaza: 'Bukan salah kami'
Rosniaza menunjukkan kisah kontroversi penganjuran Sepetang BersaMa Hetty Koes Endang yang tersiar di sebuah akhbar, baru-baru ini.

Hetty Koes Endang
Hetty Koes Endang

TINDAKAN penyanyi dari seberang, Hetty Koes Endang yang enggan meneruskan persembahan minggu setiausaha di negara ini pastinya mengecewakan ramai peminatnya.

Acara yang sepatutnya berlangsung pada 25 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), terpaksa dibatalkan setelah penyanyi yang popular dengan lagu, Hati Lebur Jadi Debu ini mendakwa gagal memperolehi 50 peratus bayaran awal dijanjikan pihak penganjur.

Bagaimanapun, wakil dari syarikat Masgenuine i Berhad, yang turut diheret sama atas kegagalan acara itu tampil memberi penjelasan.

Pengurusnya Operasinya, Rosniaza Rosly berkata, pihaknya kecewa apabila sebuah akhbar melaporkan syarikatnya merupakan penganjur utama program itu bersama Niqas Resorces.

“Pihak syarikat memandang serius dakwaan itu, ianya benar-benar menjatuhkan kredibiliti syarikat dan kami berharap salah faham ini dapat diperbetulkan selepas ini,” katanya.

Tambah Rosniaza lagi, Pengerusi Eksekutif Masgenuine, Datuk Nor Hasnal Hashmi hanya dijemput sebagai tetamu untuk program tersebut bukan sebagai penganjur seperti yang disangka.

“Beliau (Datuk Hasnal) tidak tahu menahu tentang hal penganjuran ini, dia dijemput sahaja, jadi tidak wajar Masgenuine diseret dalam masalah penganjuran ini.

“Saya harap dengan penjelasan ini, ianya sekali gus dapat membersihkan nama Masgenuine yang dianggap sebagai penganjur utama program berkenaan,” tegasnya.

NP Event & Promotion syarikat bertanggungjawab membawa Hetty ke Malaysia mengumumkan pembatalan persembahan Hetty untuk mengelak penganjur mengaut keuntungan dengan menjual tiket kepada peminat penyanyi popular itu.

Wakil syarikat itu, Poji Samad ketika dihubungi pihak akhbar berkenaan sebelum itu menyatakan rasa kesal dengan apa yang berlaku kerana mencalarkan hubungan baiknya dengan Hetty selama ini disebabkan kegagalan penganjur.

Katanya, ini bukan kali pertama dia membawa penyanyi terkenal dari Indonesia dan menyifatkan penganjur tidak menghormati artis ternama seperti Hetty hingga memperlekehkan dengan masalah bayaran.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails