Thursday, April 4, 2013

Ryzal Jaafar Masih Solo, Bakal Jadi Penyanyi

Majlis berbuka puasa meraikan anak yatim bersama artis-artis jem


Ryzal Jaafar Masih Solo, Bakal Jadi Penyanyi


Pelakon berwajah ‘jambu’, Ryzal Jaafar menyatakan bahawa dia masih solo dan kini sedang dalam proses mencari teman istimewa sementelah dia kini berusia 31 tahun pada tahun ini.

Dia yang terkenal dengan drama bersiri Dunia Baru berkata kepada Sinar Harian, “secara jujurnya, sekarang saya memang ada keinginan untuk memiliki cahaya mata. Tapi jodoh masih belum ada dan sekarang saya masih mencari pasangan yang sesuai.

“Saya sedar usia semakin meningkat dan ada kalanya agak cemburu melihat pasangan suami isteri lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ryzal bakal bergelar penyanyi apabila singlenya bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

“Sekarang saya dalam perancangan untuk ke arah itu dengan menghasilkan sebuah single.

“Mungkin single itu menampilkan muzik pop balada dan diselitkan sedikit elemen k-pop,” katanya yang kini sedang membintangi drama bersiri Bangkitnya Seorang Perempuan dalam slot Samarinda di saluran TV3.

Ryzal turut mendedahkan objektif utamanya berkecimpung dalam bidang hiburan adalah untuk meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian tetapi sudah tertulis rezekinya lebih menonjol dalam bidang lakonan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails