Sunday, April 7, 2013

Selena risau kisah silam

[caption id="" align="aligncenter" width="183"] selina gomez[/caption]

Bintang remaja, Selena Gomez, 20, yang berpisah dengan penyanyi Kanada kegilaan gadis remaja, Justin Bieber, 19, baru-baru ini, risau jika bekas kekasihnya memasukkan cerita cinta mereka dalam filem Never Say Never yang bakal ditayangkan sempena perayaan Krismas tahun ini.

Sumber memberitahu Hollywood.com, pe­nyanyi yang popular de­ngan lagu Love You Like A Love Song itu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Bieber apabila seorang rakannya memaklumkan kemungkinan gambarnya turut dimasukkan dalam sekuel itu kerana kru penggambaran Bieber membuat rakaman gambarnya selama setahun.

"Dia mahu meneruskan hidupnya tanpa dibelenggu kisah lalu. Selena berterus-terang pada Bieber bahawa dia tidak mahu gambarnya diselitkan dalam filem itu," kata sumber.

Seorang kawan rapat Selena menyalahkan pe­nyanyi itu atas kelakuan Bieber baru-baru ini dan berharap Selena tidak akan menghubungi bekas teman lelakinya.

Sumber turut menambah, Selena menjawab panggilan telefon daripada Bieber hanya kerana dia tidak mahu timbul salah faham jika menggunakan SMS sebagai cara komunikasi.

"Seorang lelaki yang ditinggalkan pasti menyalahkan wanita itu walaupun hakikatnya hidup­nya hancur atas kesalahan dan kebodohan sendiri," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails