Friday, April 5, 2013

Tudung Rekaan Datuk Siti Berjaya Dibida RM3900

Siti Nurhaliza


Tudung Rekaan Datuk Siti Berjaya Dibida RM3900


Penyanyi kesayangan negara, Datuk Siti Nurhaliza memang dikenali sebagai salah seorang selebriti yang pemurah serta sentiasa menolong orang yang berada dalam serba kekurangan.

Kali ini dia terlibat dengan Malam Amal Tahajud Cinta di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, malam semalam untuk mengumpul dana untuk dua pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Siti membida dua jenis tudung yang direka sendiri oleh beliau, iaitu satu berwarna biru dan satu lagi berwarna merah kehitaman.

Tudung berona biru berjaya dibida paling tinggi iaitu sebanyak RM2800 oleh salah seorang peminat setianya.

“Alhamdulilah, nampaknya tudung rekaan saya ini berjaya dilelong. Kebetulan salah satu daripada harga bidaannya iaitu RM1100 ada juga lekat nombor kegemaran saya iaitu 11 bersamaan dengan tarikh lahir saya.

Siti turut menyatakan tudung yang direkanya itu agak berbeza dengan kebanyakan tudung lain yang terdapat di pasaran.

“Jadi kepada pembidanya nanti saya perlu mengajar cara memakainya,” katanya yang dipetik melalui portal Murai.

Selain Datuk Siti, majlis amal itu turut dihadiri oleh Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia seperti Fahrin Ahmad, Lisdawati, Wan Sharmila dan Soo Wincci.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails