Tuesday, April 2, 2013

Tunku Hanis Tak Kisah Jadi Jahat

Tunku Hanis


Tunku Hanis Tak Kisah Jadi Jahat


Mungkin ramai yang belum mengenali figura yang bernama Tunku Hanis ini. Tetapi jika anda merupakan seorang peminat setia drama bersiri tempatan, pastinya nama Tunku Hanis tidak janggal pada anda.

Tunku Hanis sebelum ini gemar melakonkan watak-watak yang boleh dikatakan antagonis dan jahat dalam setiap naskhah yang dilakonkannya.

Bercakap mengenai perkara itu, Hanis memberitahu Gua, “saya tidak kisah membawakan watak antagonis kerana mungkin pengarah lebih tahu kemampuan saya. Saya tidak boleh mengatakan tidak atau menolak watak-watak yang diberikan kerana saya perlu banyak belajar. Dengan cara ini ia boleh memantapkan karier seni lakonan saya”.

Tunku Hanis turut menyatakan dia tidak kisah sekiranya penonton benci dengan watak yang dilakonkannya kerana itu menandakan watak yang dibawanya menjadi.

Membawakan watak-watak antagonis ini memberikan kepuasan dan keseronokan. Tetapi jangan pula anggap saya ini jahat seperti watak-watak yang pernah saya lakonkan sebelum ini,” ujarnya lagi.

Antara watak antagonis yang dilakonnya ialah menerusi drama Debunga Lalang dan drama bersiri yang bakal menemui penonton mulai 3 April ini yang berjudul Sedetik Cinta lakonannya bersama Hanez Suraya dan Awal Ashaari.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails