Wednesday, April 17, 2013

Wawa Zainal Terkilan Kemenangan Dipertikai

Wawa Zainal


Wawa Zainal Terkilan Kemenangan Dipertikai


Nampaknya penganjuran Anugerah Bintang Popular pada tahun ini paling mencetuskan kontroversi berikutan banyak pihak yang mempersoalkan mengenai jumlah undian serta kemenangan seseorang artis itu.

Semalam, peminat Adi Putra menyatakan kekesalan mereka mengenai jumlah undian yang diperoleh aktor terbabit sekali gus perkara terbabit memaksa Adi Putra mengambil keputusan untuk menarik diri daripada namanya dicalonkan dalam sebarang kategori bagi edisi yang akan datang.

Kali ini, pelakon cantik kelahiran Lahad Datu, Sabah, Wawa Zainal pula tampil menerusi Harian Metro menyatakan dia berasa agak terkilan kerana terdapat sesetengah pihak yang mempertikaikan kemenangannya dan rakan artis naungan MIG dan menganggap kemenangan mereka itu telah diatur oleh pihak pengurusan mereka.

“Kalau ada orang cakap kemenangan saya, Yana (Shamsudin) dan Sam (Shaheizy) di ABPBH2012 diaturkan MIG kerana kami bernaung di bawah syarikat itu, kenapa pada majlis tahun lepas tiada dominasi daripada artis-artis MIG?

“Kenapa ketika kami menang ia jadi isu hanya kerana beberapa artis MIG menang pada malam itu? Saya rasa tidak adil untuk orang tuduh begitu hanya kerana kami artis MIG,” terangnya dengan nada terkilan sekali gus menafikan dakwaan yang tidak berasas itu.

Pada majlis itu, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin membawa pulang trofi Artis Baru Wanita Popular, Yana Samsudin menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Shaheizy Sam (Pelakon Filem Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular).

Biarkan sahaja cakap-cakap orang Wawa, mulut tempayan memang boleh ditutup, tapi ini mulut manusia. Macam mana nak tutup kan?

Yang penting, jangan hiraukan apa yang orang kata dan terus melangkah ke hadapan untuk perkembangan karier anda di masa hadapan serta buktikan yang anda sememangnya layak memenangi anugerah itu berdasarkan bakat yang disering dengan populariti anda itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails