Sunday, April 14, 2013

Yuna Keluar Dengan Single Baru ‘Lelaki’

Yuna Keluar Dengan Single Baru 'Lelaki'


Yuna Keluar Dengan Single Baru ‘Lelaki’


Penyanyi yang semakin mencipta nama di negara Uncle Sam, Yunalis Zarai atau Yuna kini kembali dengan sebuah single melayu yang berjudul Lelaki.

Lagu terbarunya itu merupakan sepenuhnya hasil ciptaan Yuna, 27, dan diterbitkan oleh AG Coco.

Menerusi Tumblr milik penyanyi tinggi lampai itu, lagu tersebut mengisahkan mengenai kecurangan seorang suami yang berselingkuh dengan teman baik isterinya sendiri dan ini merupakan luahan perasaan si isteri terhadap kecurangan suaminya yang sudah dinikahi sejak 10 tahun dahulu.

Mungkin ada suara-suara nakal bakal mengaitkan lagu terbaru Yuna sedikit sebanyak berkaitan dengan sejarah perhubungan cintanya yang terdahulu.

Namun, awal-awal lagi Yuna mengatakan lagu ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan dirinya sama sekali.

Jom dengarkan dulu lagu Lelaki yang catchy didengar!

http://yunamusic.tumblr.com/post/47789173689/lelakidotdotdot-lelaki-music-lyrics-yuna

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails