Monday, May 13, 2013

Adira Nafi Telah Bertudung, Dakwa Facebooknya Kena Godam

Adira Nafi Telah Bertudung, Dakwa Facebooknya Kena Godam


Adira Nafi Telah Bertudung, Dakwa Facebooknya Kena Godam


Penyanyi Adira yang baru saja muncul dengan single terbaru, Lara Lagi menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa dia kini sudah pun bertudung.

Adira atau mesya disapa Yayang mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas mendapati wujudnya dakwaan yang mengatakan bahawa kononnya dia telah pun bertudung seperti mana yang tertera di dalam akaun facebook miliknya.

“Untuk makluman semua, akaun facebook saya telah pun dihacked. Ini adalah kali kedua akaun saya facebook saya dihacked dan kali ini saya tidak dapat menggunakannya lagi.

“Namun, sejak akaun facebook tersebut dihacked, macam-macam kenyataan yang keluar di situ, termasuklah kenyataan yang kononnya saya telah pun berhijrah serta berhijab (bertudung)

“Isu tersebut timbul setelah mereka melihat saya bertudung sewaktu menghadiri kelas agama Usrah Fitrah. Memang betul saya telah bertudung sewaktu menghadiri kelas agama tersebut.

“Tapi, untuk waktu-waktu lain, penampilan saya masih lagi seperti dulu dan buat masa ini, saya masih belum lagi terfikir untuk ke arah itu (berhijab). Insya Allah, satu hari nanti, pastinya saya akan ke arah itu. Siapa yang tidak mahu berubahkan? Doa-doakanlah saya ya,” katanya kepada murai.com.my.

Jelas Yayanglagi, dia berharap ramai yang di luar sana tidak akan terpengaruh dengan segala posting yang terkandung di dalam akaun facebooknya itu.

“Ramai yang mengambil kesempatan dan menggunakan akaun facebook saya untuk menghantar posting yang bukan-bukan. Risau jugak saya dengan keadaan ini. Tapi, saya sudah pun buat laporan polis. Sebab saya tidak mahu nanti disebabkan posting-posting itu, nama dan reputasi saya yang akan jadi buruk.

Apapun disebabkan akuan facebooknya telah pun dihacked, Yayang berkata, pihak Adminnya terpaksa mewujudkan akaun baru yang dinamakan The Real Adira FC.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails