Monday, May 20, 2013

Anuar: Terlebih Pandai Jejas Imej

Anuar Zain


Anuar: Terlebih Pandai Jejas Imej


Penyanyi Anuar Zain mengatakan sikap ‘terlebih pandai’ sesetengah artis baru akhirnya membawa padah apabila sedikit sebanyak perbuatan tersebut boleh menjejaskan imej mereka.

Anuar berkata sedemikian merujuk kepada video separa lucah yang dimuatnaik oleh pelakon Sharifah Sakinah yang mengundang kontroversi hangat di kalangan penggemar industri hiburan tempatan.

Menerusi laporan Harian Metro, Anuar menyatakan pendapat sepatutnya Internet menjadi medium positif merapatkan hubungan penggiat seni dan peminat. Kemudahan itu wajar digunakan secara bijak tetapi ada yang “terlebih pandai menggunakan medium itu hingga menjejaskan imej anak seni di mata masyarakat.

Anuar turut menambah, sepatutnya apabila bergelar artis tidak kiralah pelakon atau pun penyanyi, kenalah jaga imej kerana mereka menjadi ikutan masyarakat di luar sana khususnya remaja.

Ada betul kata Anuar tu. Diharapkan golongan selebriti baru ini dapat memanfaatkan kemudahan Internet untuk tujuan yang baik saja, bukannya mencipta publisiti murahan yang akhirnya memakan diri sendiri.

Tengok contoh seperti Anuar sendiri, sepanjang 30 tahun berkecimpung dalam bidang seni, tidak pernah sekali pun dirinya dihimpit dengan kontroversi yang boleh menjejaskan nama baiknya sebagai penyanyi tersohor tanah air.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails