Thursday, May 9, 2013

Ashraf Enggan Komen Isu Kahwin Dua

Ashraff Muslim


Ashraf Enggan Komen Isu Kahwin Dua


Pelakon Ashraff Muslim enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan di sebuah forum gosip hiburan di Internet yang mengatakan dia telah berkunjung ke sebuah Mahkamah Syariah baru-baru ini.

Desas-desus mengatakan Ashraf mengambil tindakan itu selepas tidak memperolehi zuriat dengan isterinya, Noor Diyana setelah dua tahun mendirikan rumah tangga dan kehadirannya ke mahkamah itu adalah bertujuan untuk membuka fail mendapatkan kebenaran berkahwin dua dengan kelulusan isteri pertama.

Menjelaskan perkara itu, Ashraf berkata kepada Kosmo, “saya ada ke sana tapi saya tidak boleh komen lanjut atas sebab apa”.

Pelakon kacak itu bagaimanapun mengakui rumah tangganya mengalami sedikit pergolakkan tetapi mengambil pendirian tidak mahu bercerita lanjut mengenai perkara terbabit.

Bercakap mengenai cahaya mata pula, Ashraf yang merupakan pengamal perubatan Islam itu sudah mencuba beberapa ikhtiar menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional tetapi nyata rezeki masih belum menyebelahi mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails