Sunday, May 19, 2013

Bradley Cooper Bantu Rakan Bayar Hutang



Bradley Cooper.

BINTANG Hollywood terkenal Bradley Cooper telah melangsaikan semua hutang seorang rakannya yang sedang dalam kesusahan.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkata, kekayaan dan populariti tidak pernah mengelirukannya sebaliknya membuatkan dia sentiasa berpijak dibumi nyata.

"Anda boleh memiliki semuanya di Hollywood dan dengan kekayaan anda boleh buat apa sahaja yang dimahukan kerana kuasa wang itu sangat berharga.

"Tetapi saya memilih untuk tidak hanyut dalam arus itu dan mengubah kehidupan saya sebelum ini malah saya tidak pernah bermimpi untuk memiliki jet peribadi.

"Mempunyai wang yang banyak hasil daripada lakonan membolehkan saya membantu rakan-rakan dan keluarga terdekat ketika mereka dalam kesusahan. Itu membuatkan saya gembira," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails