Sunday, May 12, 2013

Lebih Rela Dicaci & Dihina – Nad Zainal

Nad Zainal

Jika dilihat, ramai pelakon wanita lain yang tidak kisah untuk melakonkan watak seksi atau pun menggoda didalam lakonan mereka. Tetapi bagi Nad Zainal, dia lebih rela dikenali melalui watak lain dari melakonkan watak seksi dan menggoda.

Bukan sekadar itu, pelakon berusia 23 tahun ini turut mendedahkan dia sanggup melakonkan watak pengemis dari watak yang mengghairahkan.
“Saya boleh terima apa saja watak yang dihulurkan, tetapi saya akan elak watak menggoda dan seksi. Itu bukan cara saya. Hendak popular tidak semestinya kena dedah sana sini, cukup sekadar bakat.”

Nad turut mengakui bahawa dia tidak menganggap dirinya seksi dan menjelaskan dia sendiri tidak pandai untuk membawa watak sebegitu.
“Saya mahu orang ramai mengenali saya kerana bakat dan kebolehan, bukan dek watak menggoda dan pandai bergaya seksi. Saya tidak pandai nak berbuat begitu. Lagipun, saya bukanlah cantik dan seksi sangat untuk beraksi sedemikian.”

Baguslah kalau begitu, tak semestinya perlu seksi untuk mengejar populariti. Kan?

Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails